~Imbas Kembali (jam 2.40 pagi)~




Dikeheningan malam yang sepi dan sayu ini, tinggallah aku yang kini bersendirian bertemankan memori2 silam yang berlegar2 dimindaku sambil mendengar lagu Dalam Taman Syahdu yang menusuk kalbuku yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin... Dengan secara tak diduga air mataku mengalir berguguran setitik demi setitik membasahi pipiku yang mulus ini... Dan terdetik dihatiku berkata kenapalah aku yang seharusnya menerima nasib yang sebegini rupa... Kenapa aku tak diberi peluang walaupun sedikit untuk merasai apa itu erti kebahagiaan dan apa itu erti kasih sayang...

Teringat kembali saat aku pada mlm 14 mei 2009 (selasa) jam 3 pagi dengan selambanya 'Sahak' (nama aku main letak je) tanpa memikirkan akan perasaan, jiwa dan ragaku yang sedang berkecimuk hancur lulur badai mengatakan yang aku tak dapat nak diteruskan lagi perhubungan aku dan dia dengan alasannya sudah memiliki 'Arieana' (bukan nama sebenar)... Aku terdiam sejenak... Kenapa sebelum ni tak terfikir yang dia dah punyai Arieana tu? Kenapa sekarang ni baru nak terfikir dan kenapa tidak masa mula2 kami mengenali sebelum wujudnya perasaan sayang yang hadir dalam diriku ini dan kenapa perlu mengeluarkan kata2 manis yang pandai memikat hati seorang manusia yang lembut hati macam aku? Kenapa.. kenapa... dan kenapa???

Lantas aku beredar membawa diriku ke deretan parking motor diluar kawasan rumahku... Dan aku terus mendail nombor kawanku dengan perasaan kecewa, hampa, hancur dan lulur meminta kawan aku agar diberi kesabaran dan ketenangan pada diriku terhadap ayat yang tak boleh bla tu... aduyaii~ Sebenarnya banyak lagi senarai ayat yang agak mengecewakan aku... Cuma aku malas nak huraikan panjang lebar apa yang dia ucapkan... Cuma ayat ni je aku tunjukkan supaya senang orang yang berkenaan faham sikit yang dia masih lagi 'ingat' kt dia sikit... Hmm... Ye ke?? Hmm... Ntahla.... Aku pun tak pasti... Setelah aku ditenangkan oleh kawanku yang bernama 'Ponggeh' (juga bukan nama sebenar) aku pun beredar tanpa mempedulikan dia yang memanggil2 aku berkali2 dengan seraut wajah yang agak serba salah... Erm.. Aku agak2 je... Tapi agak kecewa la jugak dengan apa yang disampaikan tu... Mana tak nya kecewa... Susah payah aku kehulur kehilir dari KL turun ke Segamat dari Segamat turun ke KL tanpa berteman semata2 nak jumpa insan yang tersayang... Huhuhu~ Agak terkilan la jugak dengan apa yang berlaku time tu... Hmm... Ntahla....

Berbalik pada tanpa aku mempedulikan dia tu... Aku pun terus menuju ke blok apartment aku tapi tak terus masuk kat blok aku cuma melabuhkan tempat dudukku sebentar di parking kereta bersebelahan dengan kereta wira hitam bernombor plat WMT 6341 berhadapan dengan blok aku... Dua minit kemudian telifonku berbunyi... Memang aku dah agak yang dia akan telifon aku... Dua kali panggilan berbunyi tapi aku tak angkat buat tak tau je... Tapi panggilan ketiga aku angkat jugak sebab tak sampai hati tengok telifon tu asik memanggil2 terpekik2 menyuruh aku mengangkat dan menjawab panggilan yang dibuat oleh dia... Aku pun mengangkatnya dengan perasaan yang agak hampa dicampur dengan menggigil seluruh badanku tapi tak la menggigil sangat cuma menggigil sebab terkejut dengan apa yang berlaku tadi... Aku menjawab panggilan tu dengan ungkapan maaf dari dia padaku dan mengatakan bahawasanya memang dia mengaku yang dia bersalah dan meminta maaf berkali2 dengan apa yang dia dah buat padaku selama ini... Dia merasakan dia dah banyak menyusahkan aku dan menyakitkan hatiku sepanjang perhubungan aku dan dia... Aku cam acuh tak acuh je nak dengar perbualan dia dalam telifon tu dan secara sengajanya aku pun mematikan telifonku itu menandakan takat tu je aku nak dengar... Nak cakap banyak aku dah macam malas nak peningkan kepalaku dengan pemikiran aku yang sekarang ni bertambah bercelaru lagi... Huhh!!! Agak lama jugak la aku lepak kat parking kereta tu seorang diri bertemankan malam yang suram dan angin yang sepoi2 sambil melihat dedaunan berguguran sehelai demi sehelai gugur jatuh ke lantai seolah2 memahami naluriku kini yang sedang dilanda kesayuan dan kesedihan ini... Menitis jugak lah sedikit demi sedikit airmataku mengalir dikelopak mataku... Sayunya lah rasa diriku ini... Beberapa minit kemudian setelah keadaan aku agak reda sikit aku pun terus beredar dari parking kereta dan menuju ke blok aku... Aku balik rumah dan macam kebiasaanya duduk dalam bilik selama 24 jam... Dah memang perangai aku pun suka memencilkan diri kat bilik aku dari kecik sampai sekarang ni... So... Sesiapa yang kenal aku faham lah diorang dengan perangai aku yang suka memencilkan diri kat bilikku ini...

*Aduyaii~ ada panggilan yang tak dikenali call...
Sape la ni call pagi2 buta ni.. Mengganggu feeling aku nak buat novel tentang aku je... Huh!!! Jumpe lagi... Bye...

2 comments:

zlan said...

sedih la.....apa pun salam ziarah.

..: CtKu :.. said...

lor~ nk sedih npe plak~ ish~ ish~ ish~ ni spe ek~ hehehe~

Post a Comment

Sila Tinggalkan Comment Anda Disini.
Terima Kasih. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...