~PUISI 1~

LAUT selalu buat aku rasa kecil dan kerdil.
Laut selalu buat aku tak terdaya melawan ombak dan gelombang.
Laut selalu buat aku takut untuk mencapai impian.


~PUISI 2~
Membina perasaan cinta bagaikan membina BANGUNAN.
Ketika itu mungkin tangan dan badan kita akan luka.
Pedih terasa.
Waktu itu bukan bahagia yang datang tapi kesengsaraan.
Dan yang paling bimbang, aku mati menderita sebelum bangunan itu siap terbina.


~PUISI 3~
Macam LANGIT dengan BUMI.
Satu di atas, satu di bawah.
Tapi kedua2nya bercantum di kaki.
Setia sampai bila2.
Saling memerlukan agar dapat lengkap-melengkapkan.
Sekiranya hilang salah satu, pincanglah keindahan.




~Imbas Kembali (jam 2.40 pagi)~




Dikeheningan malam yang sepi dan sayu ini, tinggallah aku yang kini bersendirian bertemankan memori2 silam yang berlegar2 dimindaku sambil mendengar lagu Dalam Taman Syahdu yang menusuk kalbuku yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin... Dengan secara tak diduga air mataku mengalir berguguran setitik demi setitik membasahi pipiku yang mulus ini... Dan terdetik dihatiku berkata kenapalah aku yang seharusnya menerima nasib yang sebegini rupa... Kenapa aku tak diberi peluang walaupun sedikit untuk merasai apa itu erti kebahagiaan dan apa itu erti kasih sayang...

Teringat kembali saat aku pada mlm 14 mei 2009 (selasa) jam 3 pagi dengan selambanya 'Sahak' (nama aku main letak je) tanpa memikirkan akan perasaan, jiwa dan ragaku yang sedang berkecimuk hancur lulur badai mengatakan yang aku tak dapat nak diteruskan lagi perhubungan aku dan dia dengan alasannya sudah memiliki 'Arieana' (bukan nama sebenar)... Aku terdiam sejenak... Kenapa sebelum ni tak terfikir yang dia dah punyai Arieana tu? Kenapa sekarang ni baru nak terfikir dan kenapa tidak masa mula2 kami mengenali sebelum wujudnya perasaan sayang yang hadir dalam diriku ini dan kenapa perlu mengeluarkan kata2 manis yang pandai memikat hati seorang manusia yang lembut hati macam aku? Kenapa.. kenapa... dan kenapa???

Lantas aku beredar membawa diriku ke deretan parking motor diluar kawasan rumahku... Dan aku terus mendail nombor kawanku dengan perasaan kecewa, hampa, hancur dan lulur meminta kawan aku agar diberi kesabaran dan ketenangan pada diriku terhadap ayat yang tak boleh bla tu... aduyaii~ Sebenarnya banyak lagi senarai ayat yang agak mengecewakan aku... Cuma aku malas nak huraikan panjang lebar apa yang dia ucapkan... Cuma ayat ni je aku tunjukkan supaya senang orang yang berkenaan faham sikit yang dia masih lagi 'ingat' kt dia sikit... Hmm... Ye ke?? Hmm... Ntahla.... Aku pun tak pasti... Setelah aku ditenangkan oleh kawanku yang bernama 'Ponggeh' (juga bukan nama sebenar) aku pun beredar tanpa mempedulikan dia yang memanggil2 aku berkali2 dengan seraut wajah yang agak serba salah... Erm.. Aku agak2 je... Tapi agak kecewa la jugak dengan apa yang disampaikan tu... Mana tak nya kecewa... Susah payah aku kehulur kehilir dari KL turun ke Segamat dari Segamat turun ke KL tanpa berteman semata2 nak jumpa insan yang tersayang... Huhuhu~ Agak terkilan la jugak dengan apa yang berlaku time tu... Hmm... Ntahla....

Berbalik pada tanpa aku mempedulikan dia tu... Aku pun terus menuju ke blok apartment aku tapi tak terus masuk kat blok aku cuma melabuhkan tempat dudukku sebentar di parking kereta bersebelahan dengan kereta wira hitam bernombor plat WMT 6341 berhadapan dengan blok aku... Dua minit kemudian telifonku berbunyi... Memang aku dah agak yang dia akan telifon aku... Dua kali panggilan berbunyi tapi aku tak angkat buat tak tau je... Tapi panggilan ketiga aku angkat jugak sebab tak sampai hati tengok telifon tu asik memanggil2 terpekik2 menyuruh aku mengangkat dan menjawab panggilan yang dibuat oleh dia... Aku pun mengangkatnya dengan perasaan yang agak hampa dicampur dengan menggigil seluruh badanku tapi tak la menggigil sangat cuma menggigil sebab terkejut dengan apa yang berlaku tadi... Aku menjawab panggilan tu dengan ungkapan maaf dari dia padaku dan mengatakan bahawasanya memang dia mengaku yang dia bersalah dan meminta maaf berkali2 dengan apa yang dia dah buat padaku selama ini... Dia merasakan dia dah banyak menyusahkan aku dan menyakitkan hatiku sepanjang perhubungan aku dan dia... Aku cam acuh tak acuh je nak dengar perbualan dia dalam telifon tu dan secara sengajanya aku pun mematikan telifonku itu menandakan takat tu je aku nak dengar... Nak cakap banyak aku dah macam malas nak peningkan kepalaku dengan pemikiran aku yang sekarang ni bertambah bercelaru lagi... Huhh!!! Agak lama jugak la aku lepak kat parking kereta tu seorang diri bertemankan malam yang suram dan angin yang sepoi2 sambil melihat dedaunan berguguran sehelai demi sehelai gugur jatuh ke lantai seolah2 memahami naluriku kini yang sedang dilanda kesayuan dan kesedihan ini... Menitis jugak lah sedikit demi sedikit airmataku mengalir dikelopak mataku... Sayunya lah rasa diriku ini... Beberapa minit kemudian setelah keadaan aku agak reda sikit aku pun terus beredar dari parking kereta dan menuju ke blok aku... Aku balik rumah dan macam kebiasaanya duduk dalam bilik selama 24 jam... Dah memang perangai aku pun suka memencilkan diri kat bilik aku dari kecik sampai sekarang ni... So... Sesiapa yang kenal aku faham lah diorang dengan perangai aku yang suka memencilkan diri kat bilikku ini...

*Aduyaii~ ada panggilan yang tak dikenali call...
Sape la ni call pagi2 buta ni.. Mengganggu feeling aku nak buat novel tentang aku je... Huh!!! Jumpe lagi... Bye...

~Erti Sebuah Cinta~



Biarlah menjadi CINTA terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi CINTA pertamanya tetapi tidak akan pernah terlambat untuk menjadi CINTA terakhirnya...


CINTA adalah ibarat air yang sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja...

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan CINTA tapi dapatkah hatinya setia pada kita? Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran CINTA itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. CINTA sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. CINTA sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari CINTA hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan...


Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka...

Biarlah kita menguasai CINTA, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara...



~Kembalikan Cahayaku~


KaSih SayaNg yang telah terhidang tidak mampu untuk dikecapi. Hati bagai ditusuk sembilu namun cuba dirawati sendiri. Pencarian diteruskan dan akhirnya bertemu kasih, namun ianya tidak boleh difahami oleh sekeping hati. Kegelapan kian menyelubungi hati dan perasaan. Diri cuba menghambat sedikit cahaya untuk menerangi perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Namun lorong untuk menemui kebahagiaan tidak jua ketemui dan cahaya yang sedikit kian hilang dalam kesamaran...

~Kiranya Kau Berbohong~


Sukarnya memenuhi impian lalu...
Kerana cinta bukanlah sandiwara yang boleh dirancangkan perjalanannya...
Juga bukan semudah ungkapan senafas...
Jodoh kita tiada...
Seperti angsa kristal pemberianmu yang hilang pasangannya...
Begitulah aku...
Yang menanggung peritnya tatkala...



~Serangkap Puisi~



Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia turunkan hujan,
kita tertanya-tanya mana perginya sinar,
rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita PELANGI...



>> Thnx jugak kt Aja cz bagi kt aku serangkap puisi ini utk dijadikan sbg kata semangat kt dlm diri aku ni... thnx Aja... n Luv u so much... u r my best frenz cz alyawz have at bside me.... thnx u....

~Kenapa mesti aku???~

~Cerita tentang Armin dan rama-rama~


Suatu hari ArMiN duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun ini memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor RaMa-RaMa dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa RaMa-RaMa menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya RaMa-RaMa itu berhenti . Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, ArMiN mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor RaMa-RaMa cantik tapi sayapnya terkatup. ArMiN menanti RaMa-RaMa itu mengembangkan sayap yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madu. Tapi apa yang ArMiN harapkan tidak tertunai. RaMa-RaMa itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah…


Saudara/saudari…

Niat ArMiN memang baik tapi kanak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya RaMa-RaMa memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas dari kepompongnya. RaMa-RaMa yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini. Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak boleh terbang langsung.


**MoRaL : Jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup. Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia.. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata. Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, Ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!


>> Thnx to LisS bout diz story u give it to me for my spirit to survive my life.... thnx u so much.....

~Bahtera Cinta~


Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawar janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tetapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun disaat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih-buih di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku.... Kisah silammu yang hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini seakan merantai kuat kakiku. Kau berikanlah aku fatwa... agar cukup kuat alasan untuk aku terus tabah menjalani kehidupanku ini....

~Seindah Rindu~


Alangkah indahnya rindu ini kasihku...
Seolah aku berada di hari-hari semalamku..
Namun kau seakan bayang-bayang yang datang dan pergi tanpa dapat kuduga waktunya..
Aku masih merindui momen-momen kenangan semalam..
Masih belum puas ku reguk dan ku nikmati..

KaSih...
terlalu kuat rindu ini. Seakan tidak bisa untuk kuhakis..
Kau ada di dalam setiap helaan nafasku..
Aku masih tercari2 suaramu..
Aku teraba-raba dalam pencarian ini sehinggakan dia turut ku sangka dirimu..

KaSih...
memang hebat rindu ini namun bebaskanlah aku...
agar aku bisa hidup tanpa bayang-bayang kenangan silam...

~Sketsa Sebuah Cinta~



Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati ini tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimanakah dengan janji-janji yang lalu, akan terbiar lenyapkah ia ditelan waktu? Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu dimana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah berteman. Aku rela asalkan pencarianku yang selama ini telah menemui jalan penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji yang lalu lenyap ditelan waktu dan usia....



~Cikuntik a.k.a Ctku~

~About Me~


Hye there... thnx cz open my CikuNtiK BloGger from Heart 2 Heart it's means dr hati ke hati… Diz blogger i"ll create it's for my life when i feel not in good mood... CikuNtiK BloGger is to remind wt happen bout my life n y have some people make my heart feel hurt... but never mind forget bout dats n i dont wnt to thinks n talk bout wt happen b4 diz... erm... let's we talk bout CikuNtiK BloGger wt the best have in diz blogger... if u all wnt know bout diz CikuNtiK BloGger more n more, u all can still go on follow n see diz blogger by in coming new blogger n continuous... Ok, b4 i'll stop n finish my words i wnt to thnx to all my frenz n my bestfrenz cz alwayz give more support n help me how to solve my problem... n thy all alwayz give spirit to me... thnx u n thnx u... i luv u all so much... it's so meaningful a live must we still go on... thnx to thy all... without thy all i cant stay n cant still carry on in my life n diz world... thnx u... thnx u... n thnx u so much... god bless u all...

Diz is the best meaningful expression i alwayz read n get it to be my spirit in my life...
The words is.....

"Dalam hidup ini kadang2 kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan kadang2 tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia dan sempurna."

"Setiap segala kebaikan adalah datangnya dari Allah S.W.T dan setiap segala keburukan adalah datangnya dari dalam diri kita sendiri bukan dari yang lain"

The lastly is i wnt keep an appologize to some person o someone if have some words i create in diz CikuNtiK BloGger n wt i'm saying o wt i'm doing make u felt so hurt... sorry... sorry... n so sorry much more.... cz it's not mean to make u feel like dats... n sorry against if have anything i wrong do to u... Bye n daa... Salam~

~THE END~


~{ ct }~



~Tika Rindu Berbisik~





Perlukah dikutip cebisan-cebisan luka lantas dicantum menjadi arca yang indah di pandangan tetapi sakit di jiwa? Untuk apa diungkit nostalgia lama yang mengaibkan kerana tiada gunanya untuk dikenang apatah lagi untuk disimpan? Kasih yang terhimpun terlerai satu persatu... dan entah ke mana alirannya dan destinasinya aku tidak pasti. Aku bagaikan sehina-hina manusia kerana menagih sayang pada yang tak sudi. Hati diusik dan aku terusik kerana dia sudi menghulur simpati saat diri kehilangan upaya.... Namun aku kecundang jua... aku tewas sebelum tiba di perhentian yang terakhir. Mungkinkah sudah ternokhtah segala nestapa yang menjadi igauanku selama ini? Mungkinkah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...