~Semangat yang Hilang~



..:
ReaLiti SeBuah KehiDupaN :..


Jangan berdukacita... Jangan di kenang dan di imbas berulang-ulang kali. Kelak hanya akan menambah luka di hati. Dan selamanya luka itu tidak akan sembuh. Lalu jadilah kita orang yang sentiasa bermasam muka, bersedih hati lalu tiada semangat hidup. Tiada semangat untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Ubat hati yang paling mujarab adalah memaafkan dan melupakan segala kisah yang sedih dan hampa. Untuk menjadi seorang yang bahagia kita sepatutnya menutup lembaran kisah duka, simpan kemas dan rapi dalam lipatan sejarah dan usah di kenang semula. Biarkanlah kisah sedih itu terus kusam dan memburuk di situ dan biarkan ia lupus. Hidup ini penuh dengan warna-warni, maka teruskan hidup dengan mencari sinar baru yang lebih baik.

Terokailah hidup yang indah ini dengan azam dan semangat baru. InsyaAllah kebahagiaan yang di cari pasti akan di temui.

Orang yang suka mengenang hari yang lepas adalah orang yang rugi. Selalu bersedih mengenangkan perkara yang sudah tiada tidak menguntungkan. Sesungguhnya perkara yang sudah berlalu tidak mungkin dan mustahil akan berulang lagi. Menangis berairmatakan darah juga tidak mungkin dapat mengubah sejarah.

Hari lepas adalah sejarah yang tidak mungkin berulang dan hari esok adalah suatu mimpi yang tidak pasti..namun kita harus tabah dan berani menghadapi realiti kehidupan.

Kita hidup hari ini kerana apa yang telah kita lalui semalam, namun ingat, apa yang kital akukan hari ini belum tentu menjadi milik kita pada esok hari. Esok belum pasti menjadi milik kita. Dan Hanya Dia yang Tahu.

~wassalam~


~Imbas Kembali (4.15 pagi)~



Suhu persekitaran luaran rumahku berada ditahap 28 c.. keadaan di sekeliling pulak sunyi sepi dengan bunyi2an cengkerik yang mendayu2 dan bersahut2an antara satu cengkerik dengan cengkerik yang lain.. seolah2 berlaga2 bunyi siapa yang mempunyai tone yang paling kuat.. huh!! sabar je la aku dengan cengkerik ni~ manakala suhu dalaman bilikku ini pulak mencecah 26 c.. wuu~ bagaikan berada di persekitaran rumah beruang kutub di lautan atlantik pulak.. hakhakhak.. sejuk~ teramat sangat sejuknya.. huhuhu~ mana taknya lagi 4 c kalau ditambah suhunya dah nak dekat di tahap maximum dah.. hmm~ sampaikan aku tengok lotion kat umah ni beku mcm ice kat dalam peti ais.. owh~ ice ngn ais sama ek?? hehehe.. wuu~ gler sejuk.. camne la anak buah aku ni ley tido dalam kesejukkan cmni.. ish.. ish.. ish.. gler kental betul badan diorang.. hmm~ tapi xpela xde apa yang dapat menghalang aku berblogger time2 sejuk yang dingin ni yang berada di paras kritikal ni.. hehehe~

Sambil mendengar petikan gitar
Jason Mraz (i'm yours) yang syahdu ini melalui laptop aku ni, teringat pulak aku time zaman aku happy2 dulu.. huhuhu~ cz time tu aku happy bebenor.. ye r mana taknya happy bangat cz da macam ala2 hindustant katakan.. hakhakhak~ kenangan2.. hmm.. Nape la suka muncul dan bermain2 dimaginasiku time2 camni.. huh!! seolah2 memahami je time ini iaitu time situasi aku tak suka mengenangkan kembali menggunakan teknik imbas kembali ini.. hai la nasib2~


hmm~ berbalik pada memori yang memberi aku 1001 kenangan kepada aku ini, mengisahkan aksi dua buah kereta yang terlalu sangat sibuk dengan aksi dalam watak kejar mengejar.. hehehe~ time tu seingat aku berlaku time pertengahan bulan November 2008.. hmm~ memang aku da set dah time tu kat handfhone aku.. hehehe~ ye r.. kenangan manis tu kena la set dalam handfhone.. erm~ agak menarik jugak la dengan gelagat dan perangai masing2 sepanjang aksi kejar mengejar tu.. hehehe~ daripada permulaan ktorang bermula di traffic light kat Maju Junction tu sampailah berlaku di sepanjang jalan yang nak menghala ke Sogo tu.. hehehe~ kelakar2.. aduyai~

hmm~ camni criternya, sebelum berlakunya aksi tu aku baru je balik dari jumpa ayahnda aku kat area
Setapak.. al-maklumla.. anak kesayangan dye nak jumpakan.. faham2 je la.. hehehe~ berbalik pada citer tadi tu.. time tu aku ke setapak aku pergi dengan housemate aku 'N' (nama samaran je k) menaiki kancil biru muda hak milik terpelihara oleh kawan aku tu yang bernombor platkan pangkal Negeri Sembilan.. hehehe~ perjalanan yang ktorang lalu tu agakla sesak jugak sepanjang perjalanan yang nak menghala ke Sogo tu.. maklumla kan time orang nak lunch dan dicampur aduk pulak dengan masyarakat yang suka bershopping-shoping seolah2 ada buat competition beg plastik sape yang paling besar dan banyak membeli belah.. huhuhu~ mana tak sesaknya.. huh!! ada gak time tengah2 bulan ni sibuk dengan bershopping.. hai la manusia~ macam2 kerenah manusia di zaman moden yang serba canggih dan serba moden ni.. erm?? ada kena mengena ke dengan canggih dan moden ni?? hmm.. layan je la.. yela~ kebanyakkan barangan yang dipasarkan time ni kan ada macam2 style yang baru.. bak kata dalam iklan yang aku tengok kat TV3 tu.. maklumla zaman dah moden, dunia dah maju.. hehehe~ opss.. sibuk lak aku citer tentang masyarakat maju.. aku nak citer tentang aksi kejar mengejar sebenarnya.. hehehe~ xpe lupakan tentang masyarakat majmuk kita tu k.. lalala~

jam tangan aku time tu menunjukkkan kira2 tepat pukul
11.15 minit pagi.. erm~ lebih kurang kot rasenya.. agak2 je.. hehehe~ keadaan cuaca time tu lak agak ok tapi panas la jugak sehinggakan cahaya matahari memancar2 dan menyinari di seraut wajahku yang comel ni membuatkan anak mataku mengecil dan berkerut la jugak dahi ku menahan silauan pancaran matahari dibawah lampu minyak tanah.. huhuhu~ aku dan 'N' time tu rancak bercerita tentang apakah kereta idaman yang terlalu fanatik sangat kami minat dan tergila2.. hahaha~ xde topik la tu nak cter sebenarnya.. kami memang camni suka berangan je lebih.. tapi xpe.. leh dijadikan sebagai kata semangat dan sepakat membawa berkat untuk mengajar diri kita ini lebih berdikari dan mengenali erti sebuah kehidupan yang mencabar ini.. hmm~ ada kena mengena ke ayat aku tu?? hmm~ layan je la.. hehehe~ tanpa tak disangka2 sedang aku dan kawan aku rancak bercerita tanpa mengenal erti kehausan, tetibe je aku terperasan sebuah kereta yang bernombor plat WPT 1441 dengan seseorang yang asyik sangat memerhatikan aku sambil tersengih2.. huh!! dah macam patung Mc Donald yang berdiri dengan sepasang sepatu yang agak besar tu je.. hehehe~ gurau je la.. lagi pown aku pun xtaw mamat tu pakai sepatu apa.. hehehe~

tanpa melengahkan masa aku pown dengan straight to the point bergegas memberitahu kawan aku dengan menyatakan
"adakah ko nampak apa yang aku nampak.." hmm~ kawan aku tu pown memikirkan sejenak dengan mata yang meliar2 mencari2 apa yang sibuk sangat aku nampak tu..

tak sampai dua saat dye pown membalas balik persoalan aku tu tadi
"apa yang ko nampak tu?? aku tak nampak pape pown??" then dengan selambanya aku pown cakap la yang aku nampak ada orang tersengih menampakkan giginya kat cermin tingkap kete dye.. hmm~ ingat iklan Colgate ke.. dengan cermin mata hitamny.. huh!! dicampur lak dengan lambaian tangan ala2 Princess Diana.. huh!! da la rupa orang tu lak macam pernah aku tengok je.. tapi dimana ek?? hmm~ musykil2.. aku pown memikirkan sejenak sambil menyanyi lagu Ahli Fikir(fikir-fikir).. actually tak nyanyi pown.. hmm~ tapi sape ek yang mamat tu macam pernah aku tengok je..

tak sampai
7 saat aku berfikir dengan menggunakan akal fikiranku secara dengan tak sengajanya terlintas lak di pemikiran aku ni.. "aku rase aku cam pernah tengok je dalam raja lawak ulangan kat astro tu.."

"eh!! Nabil la.. lu pikir la sendiri.. aduyaii~" sambil menyentap bahu kiri kawan aku tu.. agak tersentap jugak la kawan aku tu.. hehehe~ nasib baik bukan bahu kanan dye aku sentap.. kawan aku tu kan tengah drive takkan nak sentap belah kanan kot.. hmm.. macam tak sampai je rasenye..

"hah!! Nabil ke?? mane2.." dengan xcitednye kawan aku tu mencari orang yang aku maksudkan tu.. agak cm xcited la jugak ktorang time tu.. ye la, nak2 kawan aku tu memang minat gler dengan raja lawak Nabil tu.. tapi bagi aku tak la xcited sangat pown sebabnya aku xkenal sangat dengan Nabil raja lawak tu.. hehehe~ padahal kat handfhone aku berderet dengan video raja lawak yang bersiri sehingga la ke final.. hehehe~ tapi bagi aku x amik taw pown sebabnya bukan aku yang nak sangat simpan video raja lawak tu.. cz aku amik pown dari anak buah aku dye punye ehem ehem dye.. tu pown aku amik sebab aku nak tunjuk kat kawan aku tu.. al-maklumla minat bangat dye dengan trademark Nabil tu..

"lu pikir la sendiri.." aduyaii~ hehehe~ abisla aku cepat terpengaruhi dengan trademark orang ni.. huhuhu~ then pada masa yang sama gak ktorang pown buat conclusion masing2..


"wah.. a'ah la Nabil.. aku rasakan yang kat depan tengah bawak kete tu mesti driver dye.." kata kawan aku tanpa segan silu..

sambung aku pulak
"tu sebelah driver mesti body guard dye kan.. wah!! bestnye la jadi artis ni kan.. siap ada body guard dengan driver lagi.." ktorang berpandangan antara satu sama lain dengan menunjukkan reaksi wajah yang macam tak percaya je dapat tengok gelagat seorang artis dengan driver dan body guard dye tu. ala2 superstar(macam tajuk lagu Project Pop je..) huhuhu~ dah la sambil melambai2kan tangan dengan hint handfhone dye tu.. eleh, nak minta no tephone la tu.. huh!! da agak da..


agak lama la jugak kami berselisih dan bersaing dengan aksi kejar mengejar da macam ala2 Bollywood pulak.. dah la time tu ada 3 traffic light lak tu ktorang nak kena redah. dan mengharunginya.. adehh~ xsukanya la aku dengan keadaan yang cmni cz aku ni pemalu orangnya.. hehehe~ first traffic light kete mamat tu and the geng di belakang dan kete kami di depan.. second traffic light pulak, lepas daripada Maju Junction tu kami pulak yang di belakang dan kete diorg pulak di depan.. yess!! nasib baik bas rapid ada kat sebelah kami.. terhalang sikit daripada mamat yang asyik senantiasa tersengih2 sambil melambaikan tangan tu.. huh!! konon macho sangat la tu.. dengan cermin mata hitam dye yang bersinar2 terpancar dek kilauan pancaran matahari yang terang benderang tu.. ish.. ish.. ish.. agak lama jugak la traffic light tu bertukar menjadi warna hijau.. haish~ xkan traffic light rosak kot.. lama sangat ni asyik warna merah je tak bertukar2 warna.. mentol rosak kot?? huh!! sementara aku dengan kawan aku tu menunggu pertukaran warna traffic light itu menjadi hijau, kami masing2 terfikirkan idea yang nakal dan dajal nak kenakan orang.. hehehe~

"hmm~ apa kata kalau kita bagi respond kat mamat tu.. tah2 dye betul2 yang raja lawak Nabil tu kot.. wuu~ bukan senang nak jumpa artis ni.. nak2 atas jalan raya.." aku memberi cadangan yang agak memberangsangkan.. huhuhu~

"ok gak.. sekali sekala jadi nakal apa salahnye kan.. hahaha~" sambil menghulurkan jari kelingking pada aku menandakan kami telah mencapai persetujuan tanpa menandatangani apa2 dokumen pown.. hakhakhak~


dalam pada yang sama aku pown menambahkan rancangan yang kedua.. "kalau la mamat tu bukan nabil.. kita bla la.. tapi kalau Nabil, kita tunggu dye bagi no tephone.. hehehe~ mana taw kalau dapat no tephone tu ko layan la dye ek.. aku buat ni pown untuk ko je.. aku tak nak dan aku xminat nabil.. aku nak jehan miskin.. hehehe.." ketawa besar aku dengan kawan aku dalam kete.. huh!! nasib baik xde yang nampak kami ketawa bagai nak rak tu.. da la tingkap tu dibiarkan terbukak dengan luasnya.. hehehe~

lampu isyarat tu pown bertukar menjadi hijau.. lagi sekali kete kami dan kete mamat tu berselisih dengan muka yang tersengih2.. huh!! menyampah aku.. mamat tu melambaikan tangan padaku dan aku pown bagi lak hint kat dye dengan melambaikan tangan kat dye.. huhuhu~ saje je bagi respond.. ye r nanti kata aku sombong lak.. lalala~ lambai je la.. tak ruginya pown tol tak.. hehehe~ kali ni traffic light yang nombor tiga bersebelahan dengan
Pertama Complex pulak langsung tak diberi peluang utk sebarang pemandu kereta berhenti untuk melepaskan lelah kepenatan menekan pedal kereta.. hahaha!! padahal baru je berhenti masa traffic light yang kedua tadi.. hmm~ kali ni berselisih la kita buat kali yang terakhir.. ketika melintasi daripada traffic light tu terdetik pulak kat hati aku menyuruh kawan aku tu berhenti di sebelum bersebelahn kedai buku yang bersebelah dengan kedai kasut Jukebox..

"erm.. apa kata kita berhenti kat sini.. ye r, mamat tu berhenti la.. hmm.. macam nak cakap sesuatu je.." aku memberi idea..

"ntah2 dye bukan nabil kot.. kalau bukan nabil aku nak start terus kete ni taw.." balas kawan aku pulak..

"eh.. xpe la.. kalau bukan kte buat2 layan je.. ye r.. sian lak dye da berhenti tu.. bia dye bagi no tephone tu dulu.. pastu kte amik je la.. amik ati katakan.. hehehe~ kata nak jadi nakal kan.. so, ni la masa nye kita jadi nakal.. hehehe~" sampuk aku.. dua orang pemuda yang berjalan catwalk ala2 dalam majalah buku Hero datang menghampiri kami..

"erk.. macam bukan Nabil je la.." kawan aku dengan perasaan yang agak frust la jugak..

"hahaha!! memang bukan pown.." ketawa kawan aku.. pemuda tu memperkenalkan diri masing2.. hahaha~ bahagian aku pemuda yang aku kata Nabil tu hulurkan kad kat aku..

"ok.. thanx taw.." aku mengucapkan terima kasih dengan kad yang tak seberapa tu.. tak jadi aku nak hulurkan no telifon yang aku da tulis kat atas kertas standby nak bagi kat dye.. huh!! ingatkan Nabil.. rupe2nya Nabilo.. hakhakhak~ terkena kami.. bak macam tajuk dalam tv NTV7 tu Wakena Beb.. kawan aku pulak dapat pemuda yang driver tu dan dye pown menghulurkan kad dye kat kawan aku.. keh.. keh.. keh.. masing2 dah dapat kad.. wah~ apa la kami nak buat dengan kad yang tak seberapa tu diorang bagi tu.. hmm~

"hmm.. you all nak ke mana ni??" kata mamat tu..

"erm.. ktorang nak balik shah alam.. thanx taw kad ni.." aku menjawab.. lebih kurang 15 minit la jugak kami bersembang.. kira macam sesi perkenalan la.. kawan aku tu xtaw la apekebendanya la diorang bualkannya.. hmm.. sama kot ayatnya.. ntahla~
tak lama kemudian ktorg pown menutup tirai sesi perkenalan ktorang.. lepas je mamat tu menuju ke kereta dye, apa lagi direct aku suruh kawan aku tu bawak laju sikit.. ye r.. t terjadi lak lagi sekali bab2 kejar mengejar lak.. huhuhu~ sampai je kat persimpangan yang ada simpang kiri tu aku menyuruh kawan aku belok kiri..

kawan aku pown tanya..
"kita nak ke mana ni??"

"erm.. aku ingat nak syorkan ko satu roti sedap ni.. aku xtaw nama dye tapi kawan aku syorkan kat aku roti tu.. sedap dan ranggup.. ada rasa cam coffee sikit2.. jom la kita beli nanti kehabisan stok pulak.. hehehe" dengan sekilas senyuman yang manis aku tujukan kat kawan aku.. tapi walau macam mana pown secara terbuktinya roti tu memang sedap.. hmm~ yummy2.. actually, hati aku sebenarnya nak tengok mamat yang baru kenal tu sama ada ada lagi atau tak kat tempat pertemuan kami bertentangan mata yang dye.. cewah.. hehehe~

sampai je kat tempat tu..
"hmm~ dah xde dah diorang.." huhuhu~ dalam hati sebenarnya agak kecewa gak la dye da xde.. huhuhu~ apala nak jadi dengan aku ni.. tetibe je ada perasaan kat mamat yang aku kutuk dye tersengih2 macam patung kat Mc Donald.. huhuhu~ mungkin cinta pandangan pertama kot.. hakhakhak~ mengarutla aku ni.. huh!! aku pown turun dari kereta kawan aku untuk beli roti yang aku janjikan kat kawan aku mengatakan roti tu sedap yang dijual dalam
Glob Silk Store.. selesai je aku beli roti yang aku cakap sedap tu, aku pown direct naik kete kawan aku tu menuju ke shah alam.. dalam perjalanan tu masing2 tengok kad yang tak seberapa tu tertulis sebaris ayat Kamus Al-Miftah..

"haish~ jual kamus ke diorang ni.." sahut aku..

"ntah la.. tapi munkin ye kot.." balas kawan aku..
disamping tu jugak ada tertera jawatan diorang iaitu
Executive Pemasaran..

rancangan yang seterusnya pula.. hehehe~ sampai je kat
Shah Alam aku pown mengajak kawan aku berjalan2 sambil mencuci mata kat PKNS.. ahak~ ktorang memang camni.. mana kenal erti penat lelah.. maklumlah.. masing2 kaki berjalan.. nak2 ktorang pown ada taik lalat yang sama jugak kat kat kaki.. hehehe~ kata orang tua2 kalau ada taik lalat kat kaki tandanya kuat berjalan.. hahaha~ ye la tu.. memang betul pown.. hehehe... sedang ktorg berjalan2, terdetik di hati aku ingin bertanyakan sesuatu kat kawan aku tu..

"hmm.. skunk ni camne ek?? nak mesej tak diorang??" sambil memegang dan memerhatikan kad yang bersegi empat sama di tangan aku tu..

"ko rasa?? aku ikut ko je?? aku tak kisah??" jawab kawan aku..


"kte jadi nakal lagi nak?? hehehe~ cuba kte anta mesej.. mesti diorang tu tertunggu2 mesej dari kte.. nak tak??" seloroh aku..

"ok.. tapi kte anta serentak lah nak?? kte tengok mesej sape yang reply dulu.. hehehe~" idea kawan aku yang sangat bernas..

"ok.. set aje.. hahaha~" gelihati aku dengan perangai ktorang ni..


mesej pown dihantar secara serentak... mesej tersebut dahului dengan salam yang sama.. type yang sama.. dan soalan yang sama.. hahahah~ xde keje betul la ktorang ni.. mendajalkan orang nombor satu.. huh!!! ape la nak jadi.. huhuhu~ sekali sekala apa salahnya kan.. bukannya selalu pown jadi camni.. hmm.. tapi yang paling tak bestnya kawan aku tu jugak yang dapat respond dari mamat yang nak kenal dengan dye tu.. huh!!! aku memang ketinggalan kebelakang.. tak patut memang tak patut.. agak jelouse la jugak sebabnya mesej aku tak dilayan.. huh!!! tak lama kemudian mesej aku pulak ada respond.. yes!!! gembiranya la hati aku ni.. aku ingat aku ni diabaikan.. rupanya ada respond jugak.. hakhakhak~ kemaruk2.. gila lah...


itu lah jalan ceritanya yang kini masih lagi bermain2 di fikiranku.. walaupown hampir 6 bulan sudahpun berlalu tapi tu la kenangan yang agak nakal sikit bagi aku dan kawan aku.. mana taknya berkenalan dengan mamat yang muka macam raja lawak Nabil.. hakhakhak~ Nabil ke?? tak pown.. klon aje.. hahaha...

dan dari situ la wujudnya aku dengan kawan aku mencipta satu nama yang spesifik khas untuk diorang
N
abil dan Fahrin (driver kepada Nabil).. Fahrin tu ktorang bagi nick name kat dye sebabnya time dye senyum ada la gaya Fahrin.. pastu dengan ejekan gaya Fahrin lak menjadi lak tu.. tu yang ktorang gelar dye Fahrin.. hehehe~ memang sejibik la.. nama Fahrin tu pown si Nabil tu yang bagitaw.. kalau tak ktorang memang tak taw pown gaya dye ada macam Fahrin sikit.. hakhakhak~ klakar tol la.. yela.. mana taknya macam2 rupa dan ragam orang aku tengok melalui pengalaman aku sepanjang kehidupan seharian aku ni.. huhuhu~ melucukan pown ada.. tergelak aku di malam yang sepi ini seorang diri.. da la sejuk gler.. pastu ley lak ketawa time2 sejuk ni.. hakhakhak~ so, itu la al kisahnya yang bermain2 di fikiranku malam ni... hmm.. ni yang nak sedey balik ni.. bila teringat balik..


~THE END~





~PUISI 1~

LAUT selalu buat aku rasa kecil dan kerdil.
Laut selalu buat aku tak terdaya melawan ombak dan gelombang.
Laut selalu buat aku takut untuk mencapai impian.


~PUISI 2~
Membina perasaan cinta bagaikan membina BANGUNAN.
Ketika itu mungkin tangan dan badan kita akan luka.
Pedih terasa.
Waktu itu bukan bahagia yang datang tapi kesengsaraan.
Dan yang paling bimbang, aku mati menderita sebelum bangunan itu siap terbina.


~PUISI 3~
Macam LANGIT dengan BUMI.
Satu di atas, satu di bawah.
Tapi kedua2nya bercantum di kaki.
Setia sampai bila2.
Saling memerlukan agar dapat lengkap-melengkapkan.
Sekiranya hilang salah satu, pincanglah keindahan.




~Imbas Kembali (jam 2.40 pagi)~




Dikeheningan malam yang sepi dan sayu ini, tinggallah aku yang kini bersendirian bertemankan memori2 silam yang berlegar2 dimindaku sambil mendengar lagu Dalam Taman Syahdu yang menusuk kalbuku yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin... Dengan secara tak diduga air mataku mengalir berguguran setitik demi setitik membasahi pipiku yang mulus ini... Dan terdetik dihatiku berkata kenapalah aku yang seharusnya menerima nasib yang sebegini rupa... Kenapa aku tak diberi peluang walaupun sedikit untuk merasai apa itu erti kebahagiaan dan apa itu erti kasih sayang...

Teringat kembali saat aku pada mlm 14 mei 2009 (selasa) jam 3 pagi dengan selambanya 'Sahak' (nama aku main letak je) tanpa memikirkan akan perasaan, jiwa dan ragaku yang sedang berkecimuk hancur lulur badai mengatakan yang aku tak dapat nak diteruskan lagi perhubungan aku dan dia dengan alasannya sudah memiliki 'Arieana' (bukan nama sebenar)... Aku terdiam sejenak... Kenapa sebelum ni tak terfikir yang dia dah punyai Arieana tu? Kenapa sekarang ni baru nak terfikir dan kenapa tidak masa mula2 kami mengenali sebelum wujudnya perasaan sayang yang hadir dalam diriku ini dan kenapa perlu mengeluarkan kata2 manis yang pandai memikat hati seorang manusia yang lembut hati macam aku? Kenapa.. kenapa... dan kenapa???

Lantas aku beredar membawa diriku ke deretan parking motor diluar kawasan rumahku... Dan aku terus mendail nombor kawanku dengan perasaan kecewa, hampa, hancur dan lulur meminta kawan aku agar diberi kesabaran dan ketenangan pada diriku terhadap ayat yang tak boleh bla tu... aduyaii~ Sebenarnya banyak lagi senarai ayat yang agak mengecewakan aku... Cuma aku malas nak huraikan panjang lebar apa yang dia ucapkan... Cuma ayat ni je aku tunjukkan supaya senang orang yang berkenaan faham sikit yang dia masih lagi 'ingat' kt dia sikit... Hmm... Ye ke?? Hmm... Ntahla.... Aku pun tak pasti... Setelah aku ditenangkan oleh kawanku yang bernama 'Ponggeh' (juga bukan nama sebenar) aku pun beredar tanpa mempedulikan dia yang memanggil2 aku berkali2 dengan seraut wajah yang agak serba salah... Erm.. Aku agak2 je... Tapi agak kecewa la jugak dengan apa yang disampaikan tu... Mana tak nya kecewa... Susah payah aku kehulur kehilir dari KL turun ke Segamat dari Segamat turun ke KL tanpa berteman semata2 nak jumpa insan yang tersayang... Huhuhu~ Agak terkilan la jugak dengan apa yang berlaku time tu... Hmm... Ntahla....

Berbalik pada tanpa aku mempedulikan dia tu... Aku pun terus menuju ke blok apartment aku tapi tak terus masuk kat blok aku cuma melabuhkan tempat dudukku sebentar di parking kereta bersebelahan dengan kereta wira hitam bernombor plat WMT 6341 berhadapan dengan blok aku... Dua minit kemudian telifonku berbunyi... Memang aku dah agak yang dia akan telifon aku... Dua kali panggilan berbunyi tapi aku tak angkat buat tak tau je... Tapi panggilan ketiga aku angkat jugak sebab tak sampai hati tengok telifon tu asik memanggil2 terpekik2 menyuruh aku mengangkat dan menjawab panggilan yang dibuat oleh dia... Aku pun mengangkatnya dengan perasaan yang agak hampa dicampur dengan menggigil seluruh badanku tapi tak la menggigil sangat cuma menggigil sebab terkejut dengan apa yang berlaku tadi... Aku menjawab panggilan tu dengan ungkapan maaf dari dia padaku dan mengatakan bahawasanya memang dia mengaku yang dia bersalah dan meminta maaf berkali2 dengan apa yang dia dah buat padaku selama ini... Dia merasakan dia dah banyak menyusahkan aku dan menyakitkan hatiku sepanjang perhubungan aku dan dia... Aku cam acuh tak acuh je nak dengar perbualan dia dalam telifon tu dan secara sengajanya aku pun mematikan telifonku itu menandakan takat tu je aku nak dengar... Nak cakap banyak aku dah macam malas nak peningkan kepalaku dengan pemikiran aku yang sekarang ni bertambah bercelaru lagi... Huhh!!! Agak lama jugak la aku lepak kat parking kereta tu seorang diri bertemankan malam yang suram dan angin yang sepoi2 sambil melihat dedaunan berguguran sehelai demi sehelai gugur jatuh ke lantai seolah2 memahami naluriku kini yang sedang dilanda kesayuan dan kesedihan ini... Menitis jugak lah sedikit demi sedikit airmataku mengalir dikelopak mataku... Sayunya lah rasa diriku ini... Beberapa minit kemudian setelah keadaan aku agak reda sikit aku pun terus beredar dari parking kereta dan menuju ke blok aku... Aku balik rumah dan macam kebiasaanya duduk dalam bilik selama 24 jam... Dah memang perangai aku pun suka memencilkan diri kat bilik aku dari kecik sampai sekarang ni... So... Sesiapa yang kenal aku faham lah diorang dengan perangai aku yang suka memencilkan diri kat bilikku ini...

*Aduyaii~ ada panggilan yang tak dikenali call...
Sape la ni call pagi2 buta ni.. Mengganggu feeling aku nak buat novel tentang aku je... Huh!!! Jumpe lagi... Bye...

~Erti Sebuah Cinta~



Biarlah menjadi CINTA terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi CINTA pertamanya tetapi tidak akan pernah terlambat untuk menjadi CINTA terakhirnya...


CINTA adalah ibarat air yang sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja...

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan CINTA tapi dapatkah hatinya setia pada kita? Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran CINTA itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. CINTA sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. CINTA sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari CINTA hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan...


Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka...

Biarlah kita menguasai CINTA, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara...



~Kembalikan Cahayaku~


KaSih SayaNg yang telah terhidang tidak mampu untuk dikecapi. Hati bagai ditusuk sembilu namun cuba dirawati sendiri. Pencarian diteruskan dan akhirnya bertemu kasih, namun ianya tidak boleh difahami oleh sekeping hati. Kegelapan kian menyelubungi hati dan perasaan. Diri cuba menghambat sedikit cahaya untuk menerangi perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Namun lorong untuk menemui kebahagiaan tidak jua ketemui dan cahaya yang sedikit kian hilang dalam kesamaran...

~Kiranya Kau Berbohong~


Sukarnya memenuhi impian lalu...
Kerana cinta bukanlah sandiwara yang boleh dirancangkan perjalanannya...
Juga bukan semudah ungkapan senafas...
Jodoh kita tiada...
Seperti angsa kristal pemberianmu yang hilang pasangannya...
Begitulah aku...
Yang menanggung peritnya tatkala...



~Serangkap Puisi~



Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia turunkan hujan,
kita tertanya-tanya mana perginya sinar,
rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita PELANGI...



>> Thnx jugak kt Aja cz bagi kt aku serangkap puisi ini utk dijadikan sbg kata semangat kt dlm diri aku ni... thnx Aja... n Luv u so much... u r my best frenz cz alyawz have at bside me.... thnx u....

~Kenapa mesti aku???~

~Cerita tentang Armin dan rama-rama~


Suatu hari ArMiN duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun ini memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor RaMa-RaMa dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa RaMa-RaMa menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya RaMa-RaMa itu berhenti . Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, ArMiN mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor RaMa-RaMa cantik tapi sayapnya terkatup. ArMiN menanti RaMa-RaMa itu mengembangkan sayap yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madu. Tapi apa yang ArMiN harapkan tidak tertunai. RaMa-RaMa itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah…


Saudara/saudari…

Niat ArMiN memang baik tapi kanak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya RaMa-RaMa memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas dari kepompongnya. RaMa-RaMa yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini. Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak boleh terbang langsung.


**MoRaL : Jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup. Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia.. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata. Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, Ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!


>> Thnx to LisS bout diz story u give it to me for my spirit to survive my life.... thnx u so much.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...